Taklimat Advokasi Bersama Jabatan Agama Islam Kerian
16 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2017, bertempat di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Bagan Serai telah diadakan satu sesi taklimat advokasi untuk staff Jabatan Agama Islam Kerian. Sesi taklimat ini bermula pada pukul 9 pagi dan berlangsung selama 1 jam. Seramai 30 orang staff jabatan agama telah hadir untuk mendengar taklimat ini. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran mengenai topik-topik berkaitan ICT dan internet.
Antara tajuk taklimat yang disampaikan pada sesi tersebut ialah Ónline Grooming’, É-Waste’ dan ‘Maklumat Palsu’. Dengan adanya sesi taklimat seperti ini, diharapkan masyarakat akan sedar dan lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi maklumat yang semakin maju.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: